Assalamualaikum,
Sy mencadangkan post-mortem debat diraja di buat seawal mungkin. Tarikh cadangan sy adalah seperti berikut:
Tarikh: 12 Disember 2009
Hari : Sabtu
Tempat: ---cadangan?---
Masa : 8.40 mlm.
Selagi diraja masih panas, elok lah kiranya kita buat post mortem secepat mungkin kan?
Sy mohon respon dari kalian. Sila berikan respon di ruangan komen. Klik 'comments' di bawah.
Saya juga ingin buah fikiran dari kamu semua tentang analisis debat diraja kali ini. jadi, harap-harap tiada yang datang dengan hati dan otak yang kosong lagi yer.
Kepada AJK tertinggi mahupun tidak tertinggi, mohon sediakan satu perspektif tentang perjalanan debat diraja kali ini - bermula dari latihan, pemilihan, dan segala yang berkaitan. Mohon perspektif, bukan sekadar atas angin.
Sekian sahaja.
Mohon respon segera.
Wassalam.
---kamaliah kasmaruddin---
salam...
dek kerana suka mencabar diri untuk menjadi lebih produktif setiap hari maka sy telah pun ubahsuai wajah blog DEMI.
ada beberapa section lagi yg memerlukan perapian, harap penulis2 lain yg ada access turut sama menjaga kebajikan blog DEMI. dan oh ya, sy baru terperasankan. (ade ke perkataan tu) nampaknya, satu polisi baru wajar diwujudkan, iaitu setiap ahli jawatankuasa tertinggi dan juga ahli-ahli jawatankuasa yg lainnya, mulai kini diwajibkan untuk menerbitkan satu artikel/ulasan/komen/pendpat/idea/hasil karya atau apa sahaja yg berbentuk ilmiah dan intelek di dalam blog ini.
rasional, kepimpinan melalui teladan, a good leader is a good follower? tak begitu?
klu bukan pemimpin yg memulakan tradisi, bagaimana yg dipimpin nak belajar sesuatu dan kekalkan tradisi?
sy harap, akan bermula lah pengisian penu makna di dalam blog kelab DEMI mulai bulan ini. harap-harap semua bg kerjasama.
wassalam.
p/s: analisa debat diraja akan menyusul kan? siapa agak2 nya yg berminat utk jadi YAB perdana menteri utk cadangka usul dan bentangkan kes yer?
Berikut merupakan senarai usul untuk peringkat saringan pertandingan Debat Piala Diraja Edisi 2009. Diharap semua pendebat dapat meluangkan masa untuk memahami usul. Selamat berdebat dan Selamat Maju Jaya..
POLITIK
1. Pilihanraya Kecil Perlu Dimansuhkan.
2. UMNO Perlu Rakan Kongsi Baru.
3. Isu Bai’ah: Sandiwara Politik.
4. Pindaan Perlindungan UMNO Adalah Penawar.
5. Gaji Wakil Rakyat Wajar Dinaikkan.
6. Krisis MCA: Cerita Lama Pelakon Baru.
7. ISA Melindungi Keselamatan Rakyat Malaysia.
8. Ancaman Pengganas Hanya Propaganda Kuasa Besar Dunia.
9. Korea Utara Perlu Diberi Peluang.
10. Tarian Pandet Hanya Alasan.
11. Palestin Perlu Beralah.
12. 1 Malaysia Simbol Politik.
13. Penjanjian Nuklear As-Iran Berat Sebelah.
14. Keselamatan Laluan Perdagangan: Kita Tidak Bersatu.
15. Wilayah Autonomi Penawar Krisis.
16. Hadiah Keamanan Nobel Dipolitikkan.
17. Kerajaan Perpaduan Perlu Diteruskan
18. Pakatan Rakyat Tidak Lagi Relevan.
19. Ahmadinejad Hang Jebat Dunia Islam.
20. Obama Mengecewakan Misi Keamanan Dunia.
EKONOMI
1. Pengeluaran KWSP Untuk Mengeluarkan Haji Wajar.
2. Wakaf Alternative Ekonomi Sejagat.
3. Pasar Raya Besar Lubuk Emas IKS.
4. Asean Perlu Menjadi Blok Ekonomi.
5. Sudah Tiba Masanya Sistem Brettenwood Diganti.
6. FAO Perlu Transformasi.
7. F1 1 Malaysia Satu Pembaziran.
8. Bajet 2010 Membebankan Rakyat.
9. Liberalisasi Ekonomi Tidak Liberal.
10. OIC Perlu Matawang Sendiri.
11. Biotech Menjana Ekonomi Negara.
12. Pembangunan Ekonomi Meruntuhkan Moral Masyarakat.
Sosial
1. Bola Sepak Malaysia: Hampas Bukan Teras.
2. Pembangunan Sukan Di Malaysia Tidak Mencukupi.
3. Masyarakat Malaysia Tidak Minat Sukan.
4. Pendidikan Kita Ketinggalan.
5. Pertandingan Ratu Cantik Satu Penghinaan.
6. Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Di Malaysia Memuaskan.
7. Facebook: Lebih Sudu Daripada Kuah.
8. Malaysia Di Sukan Olimpik: Ibarat Pungguk Rindukan Bulan.
9. Atlet Malaysia Tidak Sedar Diuntung.
10. Mansuh PPSMI Bukan Jawapan Terbaik.
11. Universiti APEX Tidak Cukup Satu.
12. Biofuel: Iklim Nombor Satu, Makanan Nombor Dua.
13. Pendidikan Alam Sekitar Wajar Diajar Di Sekolah.
14. Drama Berunsur Tahyul Perlu Diharamkan.
15. Afdlin Shauki: P.Ramlee Generasi Baru.
16. Rancangan Realiti: Kebajikan Plastik.
17. Bank Bayi Perlu Diwujudkan.
18. Demi Kesihatan Sudah Tiba Masanya Rokok Diharamkan.
19. Orang Gaji: Hamba Sahaya Zaman Moden.
20. Jualan Murah Gimik Peniaga.
HUMOR/PERIBAHASA
1. Perkahwinan Bukti Cinta.
2. Kanak-Kanak Perlu Lebih Bermain.
3. Hitam Itu Menawan.
4. Panas Lebih Baik Dari Hujan.
5. Pisang Lebih Enak Dari Epal.
6. Poligami Perlu Disokong.
7. Bergelap-Gelap Didalam Terang.
USUL-USUL Cadangan untuk Latihan Debat (ditaip dikala 1.07 pagi, 14 nov 2009)
Posted by kama at 12:41 AMSukan Malaysia: Imbuhan Adalah Jawapan
Rombakan Dlm Parti : Bukan Jalan Penyelesaian
Bajet 2010 tidak menguntung kan rakyat
Atlet Malaysia Lembik
Penderaan Kanak²: Sudah terhantuk baru tergadah
-----kredit kepada Alumni DEMI - Abg Xen@Albasya'ari
Sistem Pendidikan Malaysia Menjulang 1Malaysia
WTO Ibarat Duri Dalam Daging
Amerika Sudah Hilang Taring
Bioteknologi, Pemacu Ekonomi Negara
Rancangan Realiti Punca Industri Malap
Produk Tempatan Sudah Boleh Dibanggakan
Harga Kenderaan Tempatan Wajar Diturunkan
Yang Pipih Tak Terbang Malayang, Yang Bulat Tak Datang Bergolek
Industri Kitar Semula Menguntungkan
Petunjuk Prestasi Utama: Meningkatkan Kredibiliti
Filem Urban: Industri Sudah Bersedia
Biodiesel Punca Krisis Makanan Dunia
Malaysia Sudah Bersedia Hadapi Tsunami
Isu Indonesia: Kita terlalu berlembut
Sistem Pendidikan Masih Relevan
Blog: Ibarat Api Dalam Sekam
Kesamarataan Jawapan Perpaduan
Berikut merupakan maklumat mengenai ketetapan latihan Debat Diraja 2009.Latihan rasmi adalah seperti berikut:
Tarikh : 14/11/2009 - 23/11/2009
Masa : Sesi 1= 9.00 pagi - 12.00 tengah hari (1 mock)
Sesi 2= 2.00 petang - 5.00 petang (1 mock )
Sesi 3= 8.30 malam - 12.00 tengah malam (2 mock)
Tempat : Cafe Baru
Usul untuk latihan akan dimaklumkan kemudian.Minta perhatian kepada ahli kelab untuk mematuhi jadual yang ditetapkan dan lakukan research sebaik mungkin apabila usul dikeluarkan.Disiplin Asas Kejayaan.Harap maklum.
Berikut merupakan senarai usul bagi latihan Debat Diraja kelab DEMI 2009 mengikut tema pada hari yang telah ditetapkan :
Khamis (Politik/Sosial)
Politik
- Sistem Penghakiman Kita Telus
- Kekalutan Politik Memecahbelahkan Rakyat
- Demokrasi Di Malaysia Semakin Subur
Sosial
- Filem Malaysia Membanggakan
- Perpaduan Negara : Ancaman Dari Luar Negara Lebih Merbahaya
- Demi Perpaduan : Sekolah Jenis Kebangsaan Wajar Dihapuskan
Jumaat (Ekonomi)
- Kebanjiran Pendatang Tanpa Izin Menjejaskan Peluang Rakyat Malaysia
- Gaji Minimum Relevan
- Bahan Api Bio Penyebab Krisis Makanan Dunia
- APEC Memartabatkan Ekonomi Anggota
- Kenaikan Harga Barang : Sistem Baru Perlu Diwujudkan
Ahad (Antarabangsa/Alam Sekitar)
Antarabangsa
- Ganyang Malaysia Ibarat Api Dalam Sekam
- Majlis Keselamatan PBB : Kuasa Veto Diperlukan
- ASEAN Tidak Serius Dalam Isu Myanmar
- Langkah Pengurangan Rumah Hijau Di Malaysia Tidak Berkesan
- Penguatkuasaan Undang-undang Alam Sekitar Lebih Efektif Daripada Insentif Ekonomi
- Pencinta Alam Sekitar Cuma Bertepuk Sebelah Tangan
-latihan bermula pada 1/10/2009-
Labels: Terkini DEMI
Assalamualaikum dan salam sejahtera,latihan debat Diraja secara rasminya akan dimulakan pada minggu ini bertarikh 1/10/2009 iaitu hari khamis pukul 8.30 malam.Berikut merupakan ahli jawatankuasa yang menguruskan latihan debat Diraja.
- Penaung : Puan Rozita Binti Jayus
- Pengurus : Izzatul Huda Binti Abd Ghaffar
- Jurulatih : Cik Kammaliah Binti Kasmarudin
- Ketua Latihan : Mohd Syafiq Bin Mohd Sobri
- T.Ketua Latihan : Adawiyah Binti Mohd Nasrudin
AJK Pengurusan : 1. Nurul Faziana Binti Kamal
2. Noraini Binti Ismail
3. Nor Fadhilah Binti Che Embi
Berikut merupakan serba sedikit maklumat tentang latihan :
Tempat : Cafe Baru
Masa : 8.30 Malam -12.00 Malam
Hari : 1. Khamis (Politik/Sosial)
2. Jumaat (Ekonomi)
3. Sabtu (Antarabangsa/Alam Sekitar)
-senarai usul akan saya postkan kemudian-
Labels: Terkini DEMI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan buat semua pengunjung blog rasmi Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual UMT.Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri,Kelab Demi akan mengadakan majlis sambutan hari raya.Berikut merupakan maklumat majlis tersebut:
Kepada semua ahli Kelab DEMI dan Alumni DEMI, anda semua dijemput hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan tahlil mengikut ketetapan berikut:
Hari : Jumaat
Masa : 6 petang
Tempat : Rumah Puan Rozita
Anda semua dikehendaki berkumpul pada jam 2 petang (bagi perempuan) di pondok bas lama. Kita akan bergerak bersama2 ke rumah Puan Rozita. Kerjasama anda amat dialu-alukan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi DJ 017-9442674 atau Huda 017-9226443. Terima kasih.
Labels: pengumuman
Assalamualaikum wbt;
Sekilas informasi penting untuk semua ahli kelab DEMI. Disini sy lampirkan capaian dan pautan -pautan penting untuk pengumpulan fakta kes. Harap semua ambil perhatian dan gunakan sebaik mungkin.
Laman Web Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia
Statistik Penting 1
Statistik Penting 2
Statistik Penting 3
Bernama Malaysia
Undang undang
Pautan Parti Politik di Dewan Negara
Parlimen Malaysia
Akan di kemaskini dari masa ke masa.
Bantuan dan sokongan digalakkan. :)